Monday, February 7, 2011

Kepentingan Ulu Papar - Video



Kawasan Ulu Papar terletak di bahagian ulu Sungai Papar di Banjaran Crocker. Ianya telah didiami oleh kaum Dusun sejak dari nenek moyang mereka, dan sekarang dikelilingi oleh sempadan Taman Banjaran Crocker. Kawasan tanah adat inilah yang merupakan sumber pencarian setiap hari bagi kaum asal yang tinggal disini yang masih bergantung kepada amalan tradisi seperti menangkap ikan air tawar dan memburu haiwan, bercucuk tanam dan mengambil sumber hutan. Pada masa ini, Ulu Papar terdiri daripada 11 buah perkampungan kecil yang dihuni oleh lebih daripada 1,000 orang yang beragama Kristian Katolik, termasuk juga mereka yang berkerja di bandar. Jarak dari pekan Donggongon ke Kampung Buayan, iaitu salah satu kampung di Ulu Papar, adalah lebih kurang 30 km yang mengambil masa tujuh ke lapan jam berjalan kaki, dari hujung jalan raya di Kampung Timpangoh sehingga tiba di Kampung Buayan. 


Pada April 2010, penduduk kampung Ulu Papar telah menghantar memorandum bantahan terhadap pembinaan Empangan Kaiduan kepada Ketua Menteri Sabah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Peguam Besar Negeri Sabah, Suhakam, Pegawai Daerah Penampang dan juga kepada parti-parti politik seperti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Party Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP), Party Bersatu Sabah (PBS), dan Party Progresif Sabah (Sapp). -owner-

1 comment: